Salam untuk sesiapa yang sudi membaca blog ni..
Hari ni tak banyak perkara berlaku. Cuma melatih murid darjah 2 dan 4 untuk pertandingan nyanyian lagu Bahasa Inggeris sempena minggu Membaca esok.Letih juga lah tetapi happy kerana para peserta sudah hampir "perfect" membuat gaya.. paling seronok bila mereka yang bersungguh-sungguh untuk menang esok.. aku harap dan berdoa semoga kumpulan yang aku latih ni akan menang..aku janji akan belanja aiskrim kalau menang. nasib baik hari ini dah gaji, so tidak kisahlah nak belanja apa pun..hehehe..
Tadi sewaktu kelas ICTL di makmal komputer aku mengamuk sakan kerana ada beberapa pelajar,ketika aku sedang mengajar membuat Table and insert column, mereka membuka internet dan melayari laman web youtube. aku sangat marah kerana mereka membuka laman web Hantu, pocong, puntianak dll yang seram. Hai...baru darjah 4. aku sedang syok mengajar, dia buat kerja lain pula. Lepastu yang aku kesalkan, mereka ni terlalu terpengaruh dengan cerita2 hantu ni. Maklumlah, sekarang di TV dan di layar perak, melambak-lambak cerita seram hantu dan tahyul.. Ibu bapa pun tidak dapat mengawal tontonan anak-anak kerana hampir semua stesen menyiarkan cerita hantu,.. hai.. makin peninglah.
sebelum balik, aku meyelesaikan segala tugasan dan minum di kantin untuk menyejukkan hatiku yang panas.. aku mendenda murid2 Tahun 4 dengan "mengharamkan" mereka menjejakkan kaki ke makmal komputer selama 2 minggu. kesian juga aku tengok muka diorang yang kelat mendengar berita itu...tapi aku perlu memberi pengajaran agar mereka menghormati pengajaran ICTL itu sendiri.
ok lah.. sekarang ni aku perlu mengedit data Emis untuk mesyuarat Emis yang akan datang..
aku berdoa" YA Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku dan pekerjaanku..Amin.."


No comments:
Post a Comment