Saturday, July 25, 2009

sambungan

salam buat semua.. hari ni adalah penutup Minggu Membaca di sekolah. aku sangat happy kerana setelah penat lelah melatih para pelajar kelas yang aku ajar untuk persembahan nyanyian, akhirnya mereka berjaya. Pelajar Thn 2 mendapat JOHAN. dan Tahun 4 -Naib Johan.. Alhamdulillah..aku belanja mereka makan ice-cream Cornetto..budak-budak, dapat ice-cream..happy semacam..

Hari ni 2 pucuk surat aku terima daripada pelajar Tahun 4. memohn maaf mengenai kejadian semalam. mereka telah menaikkan kemarahanku semalam. Hari ini mereka mengaku bersalah dan beria-ia memohon maaf kepadaku. sejuk hatiku membaca luahan hati kanak-kanak yang tulus ini. Aku sebenarnya bukan nak marah sangat, tetapi ingin memberi pengajaran kepada mereka. Isnin nanti akan ku balas warkah mereka..

Hari ini aku dan suami ke Jaya Jusco. Suamiku beria-ia mengajakku ke sana. Itu yang pelik, selalu aku yang merayu untuk ke Jaya Jusco...ini sudah terbalik..hahaha..rupa-rupanya dia ingin membeli camera baru. sampai di sana, terus menuju ke bahagian alatan elektrik dan tanpa membuang masa dia terus membeli sebuah camera berjenama Olympus berwarna purple(purple warna kegemaranku) hehehe.Alhamdulillah hajatnya tercapai..

esok aku perlu bangun awal untuk menghadiri taklimat guru baru Negeri melaka. Suamiku juga terlibat kerana kami sama-sama baru berpindah dari negeri sembilan..harap2 esok akan berjalan lancar..

doaku.."Ya Allah, kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..Amin"

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers