Wednesday, July 29, 2009

Kat Sekolah


sedang menanda buku latihan yang telah dihantar..


Anak murid sedang membuat latihan Mate..


Salam buat semua..
Ini lah keadaan dalam kelas Tahun 2 yang aku ajar hari ni.
Alhamdulillah, hari ni aku dah siapkan segala kertas soalan yang telah disahkan oleh Ketua Panitia BI dan Mate. Aku dah hantar pergi photostate. nanti esok tinggal stappler dan bungkus serta labelkan. Minggu depan adalah Ujian bulanan.. so, lepas ni menanda kertas la pulak..hui, tak abis2 kerja ..

Hari ni juga adalah hari yang memenatkan. aku perlu ke Pejabat Pos dan ke Pejabat Tanah untuk mematikan setem. Syukur, kerana tidak perlu beratur panjang membeli Setem Hasil dan berurusan di pejabat Tanah juga mudah.

Em.. balik sekolah aku masak sotong kunyit dan sayur cendawan. Suamiku hari ini berkursus di SMK Kg GElam. Kursus Kemahiran Hidup. so, balik petang. sekarang adalah masa lapang aku mengupdate blog ini..

ok lah.. sampai di sini sahaja buat kali ini...

" DOAKU AGAR BEROLEH KEJAYAAN DAN KEBERKATAN HIDUP"

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers