salam..sekarang ni aku sedang mendengar lagu Katy Perry-Thinking Of You..
Irama dan melodynya sangt menyentuh perasaan. Walaupun lirik lagu ni tiada kena mengena dengan kehidupanku, tapi ianya sangat mencuit ketenangan jiwaku..
teringat juga kenangan zaman bercinta bersama suami tersayang...sekarang ni terasa juga bahawa perasaan cinta yang membuak-buak dan kegembiraan musim percintaan sudah lama tidak singgah di lingkungan hati ini..
bukannya apa, setelah 5 tahun melayari bahtera perkahwinan ini, terkadang terasa ingin menganyam semula perasaan yang tak tergambar dahulu.. tetapi kesibukan dan rutin harian yang berkisar tidak mengizinkan. lagipun memang mejadi resam hidup di alam perkahwinan yang mementingkan tanggungjawab daripada mengagung-agungkan perasaan cinta..
cinta itu masih ada tetapi disulami dengan perasaan tanggungjawab yang menggunung..
Lumrah hidup manusia, hanya akan menghargai bila sesuatu itu telah tiada..
lalu ku melayan gejolak perasaan..DENGARLAH MATAHARIKU..


No comments:
Post a Comment