Thursday, September 29, 2011

MaCam-Macam






Salam buat semua pembaca...

Hari ni cuti peristiwa. Semalam Sukan Tahunan Sekolah. Memang penat tetapi sagat berpuashati kerana Rumah Merah menang perbarisan..huhu ... Duduk rumah sensorang sebab hubby tak cuti..boring giler... hmmm nasib baik la dah berjanji dengan kak Rohana Anas untuk membeli barang-barang cenderahati untuk persaraan Guru Besar Tersayang Tn Hj Hairudduin Tamin nanti ..


Sebenarnya hati sangat sedih untuk menghadapi persaraan Tn Hj (PAK DIN). Demi ALLAH, tidak pernah aku merasa sebegini sedih dan berat hati untuk menghadapi detik persaraan... Beliau adalah seorang guru besar yang sangat positif dan berdedikasi. Mana pernah anda semua menjumpai seorang guru besar yang :

1. Memesin rumput di padang sekolah untuk anak-anak muridnya berlatih utk kejohanan olahraga.

2. Memasak dan membantu isterinya menyiapkan hidangan untuk kami warga guru yang sedang bergotong-royong di sekolah dan utk setiap acara, beliau membawa kek cokelat, karipap atau pun cokelat untuk dirasai oleh guru2 ...

3. Masuk kelas relief setiap hari tanpa membebankan guru lain.

4. Pergi order medal, hadiah dan membeli tupperware utk hari sukan sekolah bersama guru2 AJK HADIAH.

5. Mengecat pintu pagar sekolah.

6. Datang siang-malam untuk bersama-sama guru-guru menyiapkan kerja sekolah ketika pemantauan Nazir.

7. Mengajar kelas Tambahan Tahun 6 setiap AHAD...dan Malam

dan banyak lagilah yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata..

Doaku semoga ALlah sejahterakanlah hidupnya, bahagiakanlah dia dan janjikanlah syurga untuknya.....

SESUNGGUHNYA KAMI WARGA SK CHINCHIN AMAT MENYAYANGI PAKDIN...

2 comments:

  1. meriah & wane wani blog along! hehehe.. sudi2lah menjenguk my blog :)

    http://nurulhudarazalli.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks.... ni pun baru belajar2 buat...nanti i follow blog u k..take care

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers