Tuesday, December 21, 2010

Terkesan

Assalammualaikum and hi..

Bermula kegusaranku ini dengan tersedarnya aku bahawa hari ini adalah Tahun ke 6, bulan ke 10 dan minggu ke -3 aku telah melayari kehidupan berumahtanggaku bersama sang suami tercinta. Menjelang hujung bulan Januari 2011, akan memasuki tahun ke-7. pelbagai suka duka,pahit,manis yang telah kami tempuhi bersama sambil menantikan saat kehadiran cahaya penyeri rumahtangga kami.

Hari ini aku membaca tulisan seorang blogger iaitu Mas Kancil. aku tertarik dengan beberangkap ayat yang ditulis di dalam penulisannya yang sangat terkesan dihatiku..
Betulkah begitu ramai lelaki yang sukar setia kepada wanita? hatiku jadi bimbang bila membaca cerita-cerita begini. disini aku sertakan madah daripada Maskancil ini:-

" Mengapa bunga harus layu?
Setelah kumbang dapatkan madu
Mengapa kumbang harus ingkar?
Setelah bunga tak lagi mekar

Buatlah perancangan masa depan dari sekarang..."


bergetar juga hatiku bila membacanya...
Tiba-tiba kata akal ku menepis dengan tangkas.. bukan semua lelaki sama. masih ada lagi golongan lelaki yang setia walaupun peratusnya amat kecil. Ya Allah, aku berdoa semoga kau tetapkanlah hati Suamiku untuk terus setia menyayangiku tanpa menduakan ku.. Amin.

aku juga berdoakan agar andai itu takdirku, kau tabahkanlah dan redhakanlah hatiku seperti isteri-isteri Rasulallah(swt)..

sesungguhnya aku insan kerdil dan lemah yang hanya mampu berikhtiar dan berdoa agar keharmonian rumahtanggaku berkekalan hingga akhir hayat....

sesungguhnya tidak pernah terdetik walau sebesar zarah pun di hatiku untukku menduakan kasih sayang suamiku dan semoga Ya Allah, suamiku jua begitu..Amin Ya Rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers