Tuesday, December 21, 2010

Terkesan

Assalammualaikum and hi..

Bermula kegusaranku ini dengan tersedarnya aku bahawa hari ini adalah Tahun ke 6, bulan ke 10 dan minggu ke -3 aku telah melayari kehidupan berumahtanggaku bersama sang suami tercinta. Menjelang hujung bulan Januari 2011, akan memasuki tahun ke-7. pelbagai suka duka,pahit,manis yang telah kami tempuhi bersama sambil menantikan saat kehadiran cahaya penyeri rumahtangga kami.

Hari ini aku membaca tulisan seorang blogger iaitu Mas Kancil. aku tertarik dengan beberangkap ayat yang ditulis di dalam penulisannya yang sangat terkesan dihatiku..
Betulkah begitu ramai lelaki yang sukar setia kepada wanita? hatiku jadi bimbang bila membaca cerita-cerita begini. disini aku sertakan madah daripada Maskancil ini:-

" Mengapa bunga harus layu?
Setelah kumbang dapatkan madu
Mengapa kumbang harus ingkar?
Setelah bunga tak lagi mekar

Buatlah perancangan masa depan dari sekarang..."


bergetar juga hatiku bila membacanya...
Tiba-tiba kata akal ku menepis dengan tangkas.. bukan semua lelaki sama. masih ada lagi golongan lelaki yang setia walaupun peratusnya amat kecil. Ya Allah, aku berdoa semoga kau tetapkanlah hati Suamiku untuk terus setia menyayangiku tanpa menduakan ku.. Amin.

aku juga berdoakan agar andai itu takdirku, kau tabahkanlah dan redhakanlah hatiku seperti isteri-isteri Rasulallah(swt)..

sesungguhnya aku insan kerdil dan lemah yang hanya mampu berikhtiar dan berdoa agar keharmonian rumahtanggaku berkekalan hingga akhir hayat....

sesungguhnya tidak pernah terdetik walau sebesar zarah pun di hatiku untukku menduakan kasih sayang suamiku dan semoga Ya Allah, suamiku jua begitu..Amin Ya Rabbal alamin...

Monday, December 20, 2010

Sweet MEmOriEs



Assalammualaikum My Dear friends...
This is one of my favourite shot... nampak happy and santai..
This photo were taken during our school Family day.. we had a great time together as one family.. SK Chinchin memang happening..
Alhamdullah, dah nak masuk tahun ke-3 aku di Melaka dan ianya memang berbaloi-baloi.. rinduku pada Seri Paka dan LB johnson tetap membara, namun life must go on... Rinduku pada Seberang Takir juga tak pernah padam.. miss the keropok lekor yang best!!
Hopefully I get what I want here in my hometown...

May Allah Bless all of us...

Sunday, December 19, 2010

I'm Baaack!!

Setelah sekian lama tak meng HUPDATE kan blog ni.. akhirnya..aku kembali...
Ye lah, sibuk dan kemaruk bermain game di Facebook-ku akui yang ku terleka..hahahaha
Anyway, ku kan teruskan jua mengupdate kan blog yang tak canggih mana ni...
Miss all of u...

Monday, May 24, 2010

My New Idol..





Aku tak layan sangat AF 8 ni..ntah mcammana lepas AF masuk Shahir ni, aku terrrrminat lak kat dia...em..anyway dia ada package...so, setelah bertahun-tahun aku tak demam AF(lepas kemaruk MAWI) ..dah mula balik dah....hahahahha..SHAHIR MEMANG ROCK...hopefully he can stay the same....

Wednesday, March 17, 2010

Wish u were here

This short school holidays..hurmmm....need a vacation..but, so much to settle...
plus jaga anak buah lagi..baby ikhwan...

Saturday, February 20, 2010

cuti

apa buat? ntahla..cuti sakan? rehat all the time.... kerja tak siap jugak...wish ada cuti yang panjaaaang sangat.....sigh.....

Thursday, February 18, 2010

Warna Hari Lahir Saya

YoNz AliaTi, warna yang mewakili hari lahir anda adalah Ungu.

Sifat : Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


p/s: patutlah mata ku selalu berkenan dengan benda yg berwarna purple...

Saturday, February 6, 2010

Kerja

Kerja dan kerja demi memenuhi tuntutan hidup yg semakin mencabar

Tuesday, February 2, 2010

Hari ni Kena mOtivasi


Salam wat semua..
Hari ni satu sekolah kena motivasi dgn Pegawai JPN..hehehe..best jugak
sekali sekala cikgu kena bebel kan?
maklumlah, nak dapat yang terbaik untuk murid-murid...
banyak la yang terkena kat batang hidung sendiri. apa lagi tersengih jek la.
Alhamdulillah, adalah sikit input2 yang berguna untuk memantapkan lagi pengurusan di sekolah.
anyway, letih jugak dengar orang membebel kan? Ini lah agaknya perasaan anak murid aku yang dengar aku membebel tetiap hari.
Azam baruku= kurangkan membebel!! Insya Allah. kita tengoklah nanti.
sakit otak aku...hahahahaha

Tuesday, January 26, 2010

Pindah Rumah



Salam untuk semua sahabatku. minggu ni adalah minggu percubaan aku dan suami untuk bersama-sama tinggal di mahligai kami. Aku perlahan-lahan meninggalkan rumah ibu tersayang. telah 3 hari aku dan suami tidur di rumah baru. kesian aku memikirkan emak yangtelah terbiasa dengan kehadiranku dan suami.. tapi apakan daya...
pulang dari tempat kerja, aku dan suami akan ke rumah emak dahulu. selepas maghrib, kami pulang ke rumah kami. hari ke tiga, jam 6.00 petang kami pulang ke rumah sendiri. aku melakukannya secara perlahan-lahan supaya emak tak terasa sangat ketiadaan ku dan suami. Alhamdulillah, semuanya direstui emak..
Letih juga berulang alik, tetapi apasalahnya aku bekorban sementara ibuku masih ada. Alhamdulillah, suamiku begitu memahami. Semoga hubungan kekeluargaan kami semakin erat. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku sekeluarga.Amin.

Sunday, January 24, 2010

:)





Salam to all my friends..
It's been a while...yup masa yang sangat mencemburui aku..
untuk Tahun 2010 ni, terlalu banyak tanggungjawab yang terpaksa aku laksanakan.
Di tempat kerja terutama sekali. Musim persekolahan bermula dengan agak sibuk kerana kekurangan guru di sekolah ku yang telah disebabkan oleh pertambahan murid..
Awal tahun ini juga aku dan suami menanam azam untuk terus berusaha mendapatkan zuriat. kami memulakan langkah sedikit-demi sedikit dalam mencuba perubatan alternatif. Insya Allah, ku berdoa agar segalanya berjalan lancar..
Buat rakan-rakan ku semua, harap doakan yang terbaik buat kami.

Saturday, January 2, 2010

NEW YEAR 2010

YA ALLAH, Semoga kehadiran Tahun Baru akan memberikan ku kejayaan dan kebahagiaan...
Kau rahmatilah kehidupan ku bersama suamiku YA ALLAH..Kau Permudahkanlah segala urusanku....Amin.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers