Tuesday, January 26, 2010

Pindah Rumah



Salam untuk semua sahabatku. minggu ni adalah minggu percubaan aku dan suami untuk bersama-sama tinggal di mahligai kami. Aku perlahan-lahan meninggalkan rumah ibu tersayang. telah 3 hari aku dan suami tidur di rumah baru. kesian aku memikirkan emak yangtelah terbiasa dengan kehadiranku dan suami.. tapi apakan daya...
pulang dari tempat kerja, aku dan suami akan ke rumah emak dahulu. selepas maghrib, kami pulang ke rumah kami. hari ke tiga, jam 6.00 petang kami pulang ke rumah sendiri. aku melakukannya secara perlahan-lahan supaya emak tak terasa sangat ketiadaan ku dan suami. Alhamdulillah, semuanya direstui emak..
Letih juga berulang alik, tetapi apasalahnya aku bekorban sementara ibuku masih ada. Alhamdulillah, suamiku begitu memahami. Semoga hubungan kekeluargaan kami semakin erat. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku sekeluarga.Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers