Tuesday, January 26, 2010

Pindah Rumah



Salam untuk semua sahabatku. minggu ni adalah minggu percubaan aku dan suami untuk bersama-sama tinggal di mahligai kami. Aku perlahan-lahan meninggalkan rumah ibu tersayang. telah 3 hari aku dan suami tidur di rumah baru. kesian aku memikirkan emak yangtelah terbiasa dengan kehadiranku dan suami.. tapi apakan daya...
pulang dari tempat kerja, aku dan suami akan ke rumah emak dahulu. selepas maghrib, kami pulang ke rumah kami. hari ke tiga, jam 6.00 petang kami pulang ke rumah sendiri. aku melakukannya secara perlahan-lahan supaya emak tak terasa sangat ketiadaan ku dan suami. Alhamdulillah, semuanya direstui emak..
Letih juga berulang alik, tetapi apasalahnya aku bekorban sementara ibuku masih ada. Alhamdulillah, suamiku begitu memahami. Semoga hubungan kekeluargaan kami semakin erat. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku sekeluarga.Amin.

Sunday, January 24, 2010

:)





Salam to all my friends..
It's been a while...yup masa yang sangat mencemburui aku..
untuk Tahun 2010 ni, terlalu banyak tanggungjawab yang terpaksa aku laksanakan.
Di tempat kerja terutama sekali. Musim persekolahan bermula dengan agak sibuk kerana kekurangan guru di sekolah ku yang telah disebabkan oleh pertambahan murid..
Awal tahun ini juga aku dan suami menanam azam untuk terus berusaha mendapatkan zuriat. kami memulakan langkah sedikit-demi sedikit dalam mencuba perubatan alternatif. Insya Allah, ku berdoa agar segalanya berjalan lancar..
Buat rakan-rakan ku semua, harap doakan yang terbaik buat kami.

Saturday, January 2, 2010

NEW YEAR 2010

YA ALLAH, Semoga kehadiran Tahun Baru akan memberikan ku kejayaan dan kebahagiaan...
Kau rahmatilah kehidupan ku bersama suamiku YA ALLAH..Kau Permudahkanlah segala urusanku....Amin.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers