
salam ramadhan buat semua..
Semalam. Mertuaku dan ipar-iparku berkunjung ke rumah baruku..
aku sangat gembira berbaur terharu kerana mereka sudi bertandang ke teratak ku.
Di sini aku ingin menceritakan betapa berbangga nya aku mempunyai seorang suami yang amat menyayangi dan memahami ku.
begitu setia dia menemaniku melayan kerenah mertuaku dan ipar duaiku sehingga jauh malam. bermula saat berbuka puasa sehingga lah sahur.
suamiku membantu ku memasak juadah sahur sedari jam 3.45 pagi lagi.
aku sangat berterima kasih dan bersyukur di atas sokongan dan kasih sayangnya kepadaku.
Terima kasih abang dan semoga kasih sayang kita berpanjangan..


No comments:
Post a Comment