Monday, June 22, 2009

Baru Habis baca Novel

Semalam memulakan bacaan Novel karya Norhayati Berahim. Tajuknya simple aje.."Setiap Jumaat". Hari ini tepat jam 6.00 petang, selesailah pembacaan. Jalan ceritanya berlatar belakangkan kehidupan pelajar di Jepun dan Malaysia. Ianya sangat menarik, tetapi penceritaannya sangat perlahan. Jadi, tak sabar-sabar nak mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya... Aku tertarik dengan penceritaan di Negara Jepun. Mungkin kerana pernah ke sana, aku dapat menggambarkan apa yang ditulis dengan jelas.. umpamanya..Syinbuya, Kobe dan beberapa rutin atau adat Jepun itu sendiri. Kalau diberi pilihan aku gemar sekali ke Jepun, tetapi untuk hidup dan bekerja di sana, sudah pasti tidak. di Malaysia pun, aku stress, inikan pula di Negara Jepun yang mencabar.. Aku berdoa agar satu hari nanti, aku dan suami dapat menziarahi Jepun dan mengimbau kembali kenangan ku di Sana ..insya Allah

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers